Khalifah Ali bin Abu Thalib ra
Khalifah Keempat, Singa Allah Yang Dimuliakan Wajahnya Oleh Allah
Ketika Khalifah Uthman bin Affan ra wafat, warga Madinah dan tiga
pasukan dari Mesir, Basrah dan Kufah bersepakat memilih Ali bin Abu
Thalib sebagai khalifah baru. Menurut riwayat, Ali sempat menolak
penunjukan itu. Namun semua mendesak beliau untuk memimpin umat.
Pembaiatan Ali pun berlangsung di Masjid Nabawi.
Nama beliau sebenarnya ialah Ali bin Abi Talib bin Abdul Mutalib
bin Hasyim bin Abdul Manaf. Beliau dilahirkan pada tahun 602 M atau 10
tahun sebelum kelahiran Islam. Usianya 32 tahun lebih muda dari
Rasulullah SAW. Saidina Ali merupakan sepupu dan merupakan menantu
Baginda SAW melalui pernikahannya Fatimah. Beliau adalah orang pertama
yang memeluk Islam dari kalangan kanak-kanak. Beliau telah dididik di
rumah Rasulullah dan ini menyebabkan beliau mempunyai jiwa yang bersih
dan tidak dikotori dengan naluri Jahiliyah.
Saidina Ali adalah salah seorang sahabat paling dekat dengan Rasul.
Sewaktu kecil, Nabi Muhammad SAW diasuh oleh Abu Thalib, pamannya yang
juga ayah kepada Saidina Ali. Setelah berumah tangga dan melihat Abu
Thalib hidup kekurangan, Nabi Muhammad SAW memelihara Ali di rumahnya.
Ali dan Zaid bin Haritsah - anak angkat Nabi Muhammad SAW, adalah orang
pertama yang memeluk Islam setelah Khadijah. Mereka selalu shalat
berjamaah.
Kecerdasan dan keberanian Ali sangat menonjol dalam lingkungan
Quraisy. Saat masih kanak-kanak, beliau telah menentang tokoh-tokoh
Quraisy yang mencemuh Nabi Muhammad SAW. Ketika Nabi Muhammad SAW
berhijrah dan kaum Quraisy telah menghunus pedang untuk membunuhnya,
Ali tidur di tempat tidur Nabi Muhammad SAW serta mengenakan mantel
yang dipakai oleh Rasulullah.
Di medan perang, beliau adalah ahli tempur yang sangat disegani.
Baik di perang Badar, Uhud hingga Khandaq. Namanya semakin sering
dipuji setelah beliau berhasil menjebol gerbang benteng Khaibar yang
menjadi pertahanan terakhir Yahudi. Menjelang Rasul menunaikan ibadah
haji, Ali ditugasi untuk melaksanakan misi ketenteraan ke Yaman dan
dilakukannya dengan baik.
Mengenai kecerdasannya, Nabi Muhammad SAW pernah memuji Ali dengan
kata-kata: "Saya adalah ibukota ilmu dan Ali adalah gerbangnya."
Kefasihan bicara Ali dipuji oleh banyak kalangan. Rasul SAW kemudiannya
menikahkan Ali dengan puteri bongsunya, Fatimah Az-Zahra. Setelah
Fatimah Az-Zahra wafat, Ali menikah dengan Ashma’, janda yang dua kali
ditinggal mati suaminya, yakni Ja'far bin Abu Thalib dan Khalifah Abu
Bakar.
Sebagai khalifah, beliau mewarisi pemerintahan yang sangat kacau.
Juga ketegangan politik akibat pembunuhan Uthman. Keluarga Umayyah
menguasai hampir semua kerusi pemerintahan. Dari 20 gabenor yang ada,
hanya Gabenor Iraq iaitu Abu Musa Al-Asyari saja yang bukan dari
keluarga Umayyah. Mereka menuntut Ali untuk mengadili pembunuh Khalifah
Uthman. Tuntutan demikian juga banyak diajukan oleh tokoh lainnya
seperti Saidatina Aisyah rha, juga Zubair dan Thalhah - dua orang
pertama yang masuk Islam seperti Ali.
Kesan dari kematian Khalifah Uthman adalah amat sulit bagi Khalifah
Ali untuk menyelesaikan terutamanya dalam masalah menjalankan
pentadbiran. Untuk melicinkan pentadbiran, Khalifah Ali telah memecat
jawatan pegawai-pegawai yang dilantik oleh Khalifah Uthman yang terdiri
dari kalangan Bani Umayyah. Ini telah menimbulkan rasa tidak puas hati
dikalangan Bani Umayyah.
Beliau juga telah bertindak mengambil kembali tanah-tanah kerajaan
yang telah dibahagikan oleh Khalifah Uthman kepada keluarganya. Ini
telah menambahkan lagi semangat kebencian Bani Umayyah terhadap
Khalifah Ali. Oleh itu golongan ini telah menuduh Khalifah Ali terlibat
dalam pembunuhan Khalifah Uthman.
Beberapa orang menuding Ali terlalu dekat dengan para pembunuh itu.
Ali menyebut pengadilan sulit dilaksanakan sebelum situasi politik
reda. Beliau bermaksud menyatukan negara lebih dahulu. Untuk itu,
beliau mendesak Muawiyyah bin Abu Sufyan - Gabenor Syam, yang juga
pimpinan keluarga Umayyah untuk segera berbaiat kepadanya.
Muawiyyah menolak berbaiat sebelum pembunuh Uthman dihukum. Bahkan
Muawwiyah menyiapkan pasukan dalam jumlah besar untuk menentang Ali.
Ali pun siap menggempur Muawiyyah. Sejumlah sahabat penting seperti
Mughairah, Saad bin Abi Waqqas dan Abdullah bin Umar menyarankan kepada
Saidina Ali agar menunda serangan itu. Begitu juga sepupu Ali, Ibnu
Abbas. Tapi Ali berkeras, sehingga Ibnu Abbas mengkritiknya.
Ali segera menyusun pasukan. Beliau berangkat ke Kufah, wilayah
yang masyarakatnya menyokong Saidina Ali. Beliau meninggalkan ibu kota
Madinah sepenuhnya, bahkan seterusnya, untuk langsung memimpin perang.
Hal yang tak lazim dilakukan para pemimpin negara. Setahun sudah
berlalu, pembunuh Uthman masih belum dihukum.
Langkah ini makin mengundang kritik dari kelompok Aisyah. Aisyah,
Thalhah dan Zubair lalu memimpin 30 ribu pasukan dari Makkah. Pasukan
Ali yang awalnya diarahkan ke Syam terpaksa dibelokkan untuk menghadapi
Aisyah. Terjadilah peristiwa menyedihkan itu, peperangan antara kaum
Muslim.
Aisyah memimpin pasukannya dalam tandu tertutup di atas unta.
Banyak pasukan juga mengendarai unta. Maka perang itu disebut Perang
Jamal (Unta). Sekitar 10 ribu orang tewas dalam perang sesama Muslim
ini. Aisyah tertawan setelah tandunya penuh dengan anak panah. Zubair
tewas dibunuh di Waha Al-Sibak. Thalhah terluka di kaki dan meninggal
di Basra.
Kesempatan ini pun dimanfaatkan oleh Muawiyyah. Beliau
menggantungkan jubah Uthman yang berlumur darah serta potongan jari
isteri Uthman, di masjid Damaskus untuk menyudutkan Ali. Muawiyyah
berhasil menarik Amru bin Ash ke pihaknya.
Amru seorang politisi ulung yang sangat disegani. Beliau
diiming-imingi menjadi Gabenor Mesir. Abdullah, anak Amru yang shaleh,
menyarankan ayahnya untuk menolak ajakan Muawiyyah. Namun Muhammad -
anaknya yang suka berpolitik -menyarankan Amru mengambil kesempatan.
Amru tergoda. Beliau mendukung Muawiyyah untuk menjadi khalifah
tandingan.
Kedua pihak bertempur di Shiffin, hulu Sungai Eufrat di perbatasan
Iraq-Syria. Puluhan ribu Muslim tewas. Di pihak Ali, korban sebanyak 35
ribu manakala di pihak Muawiyyah seramai 45 ribu. Dalam keadaan
terdesak, pihak Muawiyyah bersiasat. Atas usulan Amru, mereka mengikat
al-Quran di hujung tombak dan mengajak untuk "berhukum pada al-Quran"
(Majlis Tahkim).
Pihak Ali berpecah. Sebahagian berpendapat, seruan itu harus
dihormati. Yang lain menyebut itu hanyalah cara Muawiyyah untuk menipu
dan menghindari kekalahan. Ali tetap mengalah. Kedua pihak berunding.
Amru bin Ash di pihak Muawiyyah, Abu Musa - yang dikenal sebagai
seorang shaleh dan tak suka berpolitik - di pihak Ali. Keduanya sepakat
untuk "menurunkan" Ali dan Muawiyyah. Namun Amru kembali mengingkari
kesepakatannya.
Situasi yang tak menentu itu menimbulkan kemarahan Hurkus -
komandan pasukan Ali yang berasal dari keluarga Tamim. Hurkus adalah
seorang yang lurus, berwawasan sempit dan keras. Caranya memandang
masalah selalunya "hitam- putih". Dia menganggap Muawiyyah mahupun Ali
telah melanggar hukum Allah. "Laa hukma illallah (tiada hukum selain
Allah)," serunya. Pelanggar hukum Allah boleh dibunuh, demikianlah
pendapatnya.
Kelompok Hurkus segera menguat. Orang-orang menyebut kelompok
radikal ini sebagai "Khawarij" (barisan yang keluar). Mereka menyerang
dan bahkan membunuh orang-orang yang berbeza pendapat dengannya.
Pembunuhan berlangsung di beberapa tempat. Mereka berfikir, negara baru
akan dapat ditegakkan jika tiga orang yang dianggap penyebab masalah
yakni Ali, Muawiyyah dan Amru dibunuh.
Hujaj bertugas membunuh Muawiyyah di Damaskus, Amru bin Abu Bakar
bertugas membunuh Amru bin Ash di Mesir dan Abdurrahman bertugas
membunuh Ali di Kufah. Muawiyyah yang kini hidup dengan pengawalan
ketat seperti seorang raja selamat dari pembunuhan tersebut dan hanya
terluka. Amru bin Abu Bakar tersilap dalam menjalankan tugasnya, beliau
membunuh imam yang menggantikan Amru bin Ash. Di Kufah, Saidina Ali ra
sedang berangkat ke masjid ketika diserang dengan pedang. Dua hari
kemudian beliau pun wafat. Peristiwa itu terjadi pada Ramadhan 40
Hijrah bersamaan 661 Masihi.
Berakhirlah model kepemimpinan Islam untuk negara yang dicontohkan
Rasulullah SAW. Muawiyyah lalu menggunakan model "kerajaan". Ibukota
pun dipindah dari Madinah ke Damaskus.
Allahualam....
No comments:
Post a Comment