ARTIKEL TERKINI

Sunday, March 11, 2012

Kisah 10 Sahabat yg dijamin Masuk Syurga (10)

Said Bin Zaid ra
Kekasih Kepada Yang Maha Pengasih

Zaid bin 'Amr Bin Nufayl berdiri dari orang banyak yang berdesak-desak menyaksikan kaum Quraisy berpesta merayakan salah satu hari besar mereka. Kaum pria memakai serban Sundusi yang mahal. Kaum wanita dan anak-anak berpakaian bagus warna menyala, dan mengenakan perhiasan indah-indah. Haiwan-haiwan ternakpun dipakaikan bermacam-macam perhiasan ditarik orang untuk disembelih di hadapan patung-patung yang mereka sembah.

Zaid bersandar ke dinding Ka'bah seraya berkata, “Hai kaum Quraisy! Haiwan itu diciptakan oleh Allah. Dialah yang menurunkan hujan dari langit supaya haiwan-haiwan itu minum sepuas-puasnya. Dialah yang menumbuhkan rumput-rumput, supaya haiwan-haiwan itu makan sekenyang-kenyangnya. Kemudian kalian sembelih haiwan-haiwan itu tanpa menyebut nama-Nya. Sungguh bodoh dan sesat kalian!”

Saturday, March 10, 2012

Kisah 10 Sahabat yg dijamin Masuk Syurga (9)

Abu Ubaidah bin Jarrah ra
Orang Kepercayaan Umat Ini

Beliau termasuk orang yang pertama masuk Islam. Kualitasnya dapat kita ketahui melalui sabda Nabi SAW: "Sesungguhnya setiap umat mempunyai orang kepercayaan, dan kepercayaan umat ini adalah Abu Ubaidah bin Jarrah."

Abu Ubaidah bin Jarah ra lahir di Mekah, di sebuah rumah keluarga suku Quraisy terhormat. Nama lengkapnya adalah Amir bin Abdullah bin Jarah yang dijuluki dengan nama Abu Ubaidah. Abu Ubaidah adalah seorang yang berperawakan tinggi, kurus, berwibawa, bermuka ceria, rendah diri dan sangat pemalu. Beliau termasuk orang yang berani ketika dalam kesulitan, beliau disenangi oleh semua orang yang melihatnya, siapa yang mengikutinya akan merasa tenang.